Tuesday, June 24, 2008

Mat Rempit Kurang Ajar

Kuantan - 23 Jun 2008, (ISNIN), Sinar Harian Edisi Pahang.

20 Mat Rempit menyerang seorang anggota SRS, KRT Sungai Isap Damai, Kuantan kerana tidak puas hati dengan tindakan anggota SRS di sini yang sering mengada Ops Kon bagi membenteras kegiatan merempit di sekitar Perkampungan Sungai Isap Damai.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di Lorong Sg Isap Damai 2 itu menyebabkan seorang ahli SRS yang dikenali sebagai Man (bukan nama sebenar), 41, lebam di muka selain motosikalnya teruk "dikerjakan" oleh mat rempit sebelum dihumban ke dalam longkang.

Kes ini telah dilaporkan di Balai Polis Kuantan selepas kejadian tersebut. Menurut siasatan polis, ketua bagi kumpulan mat rempit ini terdiri daripada 3 orang adik beradik yang tinggal tinggal di Perkampungan Sungai Isap Damai dan menjadi dalang utama bagi kejadian ini. Polis mengklasifikasikan kes ini dibawah kes Jenayah Berat.